Tuesday, July 26, 2016

Cara Mudah mengendali akaun perniagaan kecil

Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes part-time, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline.
Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya.

Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun.

Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.
Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya.

(DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah, tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah:

1. Akaun bank berasingan
Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat, anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal, perkongsian atau Sdn Bhd), maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan, buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda.
Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap “kesihatan” perniagaan anda. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman.
Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih.

2.  Kos inventori (Belian)
Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung, gula, icing, etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan, kasut).
Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual. Itu sahaja. Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat.
Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Column yang perlu ada ialah tarikh, item, kuantiti, harga, dan penjual.
Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai, bukannya kredit. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja.

3. Jualan
Sekali lagi, saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak, mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). Tunai adalah “lifeblood” bagi perniagaan kecil, jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
Untuk setiap jualan, anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh, item, kuantiti, harga, diskaun (jika ada), nama pembeli. Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran.
Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Sekarang kita sudah ada dua jadual, Belian dan Jualan.

4. Kos-kos lain (Expenses)
Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat, gaji pekerja, marketing, packaging, dan sebagainya.
Sekali lagi, saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet. Ini adalah jadual ketiga anda, selepas Belian dan Jualan.

5. Ambilan dan Modal
Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. Contohnya, jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri, ini dikira sebagai ambilan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Ini juga wajib direkod.
Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan, atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Ini juga perlu dicatat.
Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat, sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan).

_______________________________________

Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction, iaitu tiada belian atau jualan kredit, atau pinjaman.

Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda.

Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine.

Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. Dengan ini, tunai bisnes anda akan berkurang.

Guna cek untuk membayar bil, gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0.50.

Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement, cashflow statement, dan balance sheet. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman, atau ingin memohon geran.
Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Tak perlu pening-pening kepala, cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy, nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda.

Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e.g. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Dengan menyimpan rekod perniagaan, anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda, disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah, tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian, Jualan, Expenses, Ambilan dan Modal. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut.
Jika perniagaan anda dah besar nanti, baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Untuk peniaga kecil, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.

Semoga berjaya!

 Terima Kasih
sumber: https://suhaimiramly.wordpress.com/2010/09/27/akaun-bisnes-kecil-cara-mudah/?blogsub=confirming#subscribe-blog

Monday, July 25, 2016

Kunci Rezeki: Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah kunci rezeki



Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit.

Al-quran merupakan mukjimat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Sebagai umat Islam kita seharusnya membaca al-quran setiap hari kerana ia adalah ibadah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah al-Waqiah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. Selain dari berusaha bersungguh-sungguh, amalan kerohanian seperti membaca quran, berzikir dan berdoa juga perlu dilakukan.

Berikut adalah cara yang paling mudah dalam mengamalkan surah al-Waqiah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut

1. Membaca secara rutin setiap malam samada selepas sembahyang maghrib atau sesudah Isyak.
    Sabda Rasulllah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan tertimpa kesulitan selamanya "
    (Walaupun ada ulama mentafsirkan hadis ini dalam kategori lemah, ia tidak menjadi kesalahan untuk mengamalkannya).

2. Mengamalkan membaca sekali siang (selepas subuh) dan sekali malam
3. Membaca 3 kali selepas subuh dan 3 kali waktu malam
4. Membaca surah al -Waqiah sebanyak 14 kali selepas waktu asar. Amalan ini dikatakan mujarab dalam mendatangkan hajat terutamanya rezeki.

Fadhilat surah al-Waqiah akan berkesan bila dilakukan secara istiqamah dan jangan meninggalkannya walaupun sehari. Bacalah dengan tartil dan tajwid yang betul. Membaca surah ini juga akan memberi pencerahan kepada minda kita.

Doa sesudah membaca surah al-waqiah


Erti doa surah al-waqiah
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”
Di samping mengamalkan surah al-Waqiah ini, ibadah wajib jangan ditinggal manakala perkara kemungkaran hendaklah ditinggalkan. 

Terima Kasih
sumber: http://ulumnabawiahmakh.blogspot.my/2013/03/surah-al-waqiah-kunci-rezeki.html

Monday, November 14, 2011

Faedah-faedah Penubuhan Syarikat Sendirian

Adakah anda diketepikan kerana saiz perniagaan anda yang
kecil? Adakah anda tidak layak untuk mendapatkan kebanyakan kontrak-kontrak kerana syarikat anda tidak diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/dahulunya dikenali sebagai ROC)? Sekiranya anda mangalami keadaan-keadaan berikut anda mungkin patut mempertimbangkan untuk memperbadankan syarikat anda di bawah status Sendirian Berhad.

Walaupun anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, anda seharusnya menilai produk-produk dan para pelanggan anda dengan berhati-hati sekiiranya anda berpendapat adalah lebih baik anda memulakan perniagaan sebagai Sendirian Berhad daripada perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian.

Tidak dapat dinafikan bahawa adalah lebih mudah menguruskan perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian dari segi pentadbiran dan bayaran cukai dan kos yang lebih rendah, tetapi perniagaan jenis ini akan menjejaskan perkembangan perniagaan anda sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan dan mendapatkan para pelanggan yang lebih besar di masa
hadapan.

Faedah-faedah utama sebuah syaikat yang berstatus Sendirian Berhad

Perlindungan Liabiliti -
Sebuah syarikat Sendirian Berhad adalah entiti sah yang berasingan daripada ahli-ahli individu syarikat itu. Ia bermaksud aset-aset persendirian (sedia ada dan tidk dihasilkan) dilindungi daripada kerugian perniagaan sekiranya syarikat anda tidak dapat membayar balik hutang-hutang dan /atau disaman untuk sejumlah wang yang diluar keupayaan syarikat untuk membuat pembayaran balik. Di dalam Syarikat Sendirian Berhad, tanggunjawab anda hanyalah setakat jumlah saham yang anda miliki di dalam syarikat tersebut atau sekiranya anda atau rakan kongsi penjadi penjamin dan berlakunya pembubaran atau likuidasi, liabiliti anda hanyalah setakat jumlah sumbangan yang telah anda setuju untuk laburkan ke dalam aset-aset syarikat

Kewujudan Berterusan dan Pengenalan yang Lebih baik-
penubuhan, penyelenggaran dan pembubaran syariakt Sendirian Berhad memakan masa yang lama dan perbelanjaan yang banyak terutamanya dari segi yuran guaman dan kesetiausahaan. Namun demikian, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih berterusan daripada empunya tunggal. Lebih-lebih lagi syarikat Sendirian Berhad tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang saman. Hakmilik terhadap saham tersebut akan dipindah milik kepada waris si mati.

Institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan dan entiti-entiti perniagaan yang besar lebih gemar berurusan dengan syarikat-syarikat Sendirian Berhad terutamanya di dalam projek-projek besar kerana ketetapan struktur kewujudanya dapat menawarkan kestabilan, kesinambungan dan perlindungan yang lebih.


Perlindungan terhadap Nama Syarikat -
Sekiranya sesebuah syarikat Sendirian Berhad telah mendaftarkan nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM), nama tersebut tidak boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain bagi tempoh kewujudan syarikat anda dan selama beberapa tempoh selepas pembubaran syarikat anda.

Pilihan-pilihan kewangan yang lebih- selain daripada mengambil bantuan kewangan, wang boleh diperolehi melalui penjualan stok kepada penjual-oenjual persendirian. Di peringkat-peringkat akhir, saham ini boleh ditawarkan kepada umum sekiranya syarikat tersebut menukar status kepada syarikat berhad atau syarikat awam berhad. Syarikat-syarikat Sendirian Berhad selalunya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan rangkaian perdagangan dengan lebih mudah daripada empunya tunggal.

Ketelusan dan Pengemaskinian Pentadbiran-
akaun-akaun syarikat haruslah mematuhi piawaian –piawaian tegas yang telah ditetapkan oleh
Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Akaun–akaun audit tahunan mengenai keuntungan dan kerugian berserta kunci kira-kira syarikat haruslah diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dilekapkan kepada satu pangkalan data yang boleh dilayari oleh orang awam.

Dari segi undang-undang semua syarikat-syarikat sendirian Berhad haruslah menggaji perkhidmatan seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat., memfailkan minit-minit mesyuarat dan resolusi-resolusi syarikat, dan akaun tahunan syarikat. Setiausaha-setiausaha syarikat ini mematuhi piawai-piawai yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sekaligus ini membantu mengemaskinikan pentadbiran syarikat-syarikat Sendirian Berhad di Malaysia.

Hakmilik dan Keperluan-keperluan modal sebuah Syarikat Berhad

Sesebuah syarikat Sendirian Berhad seharusnya mempunyai pemegang saham yang paling minimum sejumah dua orang dan yang paling maksimumnya 50 orang. Seorang direktor syarikat haruslah orang sebenar yang mempunyai principal atau tempat tinggal di dalam Malaysia.

Dari segi modal, bagi memulakan sebuah syarikat Sendirian Berhad anda hanya memerlukan modal berbayar yang minimum iaitu sebanyak RM2. Modal ini boleh dinaikan atau ditambah pada bila-bila masa atau sekiranya diperlukan.


Artikel ini disediakan oleh Spire Media & Research

Tuesday, October 18, 2011

Rangkuman Badget Malaysia 2012

Bajet 2012: “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”

Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan 232.8 bilion ringgit bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRA dan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah tersebut 181.6 bilion ringgit adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan 51.2 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.


Bajet ini akan memberi penekanan kepada lima fokus utama:
Fokus Pertama: Meligat Pelaburan
Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Inovasi
Fokus Ketiga: Program Transformasi Luar Bandar
Fokus Keempat: Memperkejap Perkhidmatan Awam
Fokus Kelima: Meredakan Inflasi dan Mengimarah Kehidupan Rakyat

MELIGAT PELABURAN
•Pakej Rangsangan Khas – RM 6 Bilion
•Meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan
•Pelaksanaan Rolling Plan Kedua berjumlah RM98.4 bilion
•Pengurusan nilai bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas
•Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta (PPP) – RM2.5 Bilion
•Pembangunan Lima Wilayah Koridor (RM978 juta)


MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL SEDERHANA (PKS)
•Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah RM2 bilion – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan
•Dana SME Revitalisation Fund berjumlah RM100 juta kepada usahawan berwibawa untuk membangunkan semula perniagaan
•Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta bagi membiayai PKS yang terlibat dengan bencana alam
•Dana Inovasi Pengkomersialan PKS patuh syariah berjumlah RM500 juta – Kerajaan menanggung 2% daripada kadar keuntungan


MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI

Tahun 2012 – Tahun Gerakan Inovasi
•Program penerapan & pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA
•Program Jejak Inovasi bagi menggalakkan pencetusan idea baru
•Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia
•Program realiti dan dokumentari di media
•Penyediaan Market Validation Fund (RM30 juta)
•Mengkomersialkan 300 harta intelek baru dalam bentuk produk dan teknologi baru – jangkaan GNI, RM30 Bil.
•Penganjuran World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum


INSENTIF PERCUKAIAN
Industri Perbankan & Kewangan & Pelaburan
•Pengecualian cukai untuk menarik pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi utama Perkhidmatan Pengurusan Perbendaharaan yang merangkumi cukai pendapatan sebanyak 70% bagi tempoh 5 tahun,
•Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
•Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.
•Pakej insentif percukaian bagi membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) seperti pengecualian cukai pendapatan 100% bagi tempoh 10 tahun
•Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.
•Potongan cukai diberi bagi tempoh 3 tahun ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala mulai tahun taksiran 2012.
•Pengecualian cukai pendapatan ke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan selama tiga tahun lagi.
•Pelanjutan selama 5 tahun lagi bagi kadar cukai konsesi 10% ke atas pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu yang melabur dalam Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).
•Potongan cukai atas fi francais yang ditanggung oleh francaisi.
•Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan dilanjutkan sehingga 2013 bagi mengimport kereta hibrid.


Industri Perhotelan
•Memberi Galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% bagi tempoh 5 tahun kepada pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf 4 dan 5 bintang di Semenanjung Malaysia.


Lain-lain
•Mengkaji semula kadar RPGT bagi membendung RPGT spekulasi dalam pasaran hartanah
•Perkhidmatan reka bentuk industri diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% selama 5 tahun.
•Pakej insentif percukaian kepada sekolah swasta seperti pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70% atau elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh 5 tahun.
•Potongan cukai ke atas sumbangan kewangan kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama serta tempat-tempat ibadat yang berdaftar.
•Galakan cukai bagi sektor swasta memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi potongan dua kali ke atas elaun yang dibayar oleh syarikat swasta kepada peserta program internship.
•Insentif percukaian untuk Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans.



PENDIDIKAN
•Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah – RM1 bilion
•Pemansuhan bayaran tambahan RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah
•Potongan cukai – kepada penderma program persekolahan (individu & syarikat)
•Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar s
•Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelekolah rendah dan menengah Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.ajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta pelajar tingkatan 6 di seluruh negara


PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
•Melaksanakan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) – RM1 Bil
•Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat integrasi perkhidmatan – perluasan di Kedah, Johor, Sabah & S’wak
•Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional berjumlah RM100 juta ringgit secara pinjaman mudah dengan kadar faedah 4%.
•Projek Lonjakan Mega Luar Bandar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara (RM110 juta)
•Pembangunan infrastruktur asas luar bandar, RM5 Bilion (bekalan air, elektrik, rumah dan jalanraya)
•Projek Penyelenggaraan Awam-Asas (PIA-PIAS), RM500 juta
•Projek Bekalan Air Retikulasi di Sabah dan Sarawak dan Projek infrastruktur sistem bekalan air – FELDA; serta kemudahan bekalan air bersih – Ladang Estet (RM50 juta bagi penyambungan paip & pemberian tarif domestik)
•Akses perkhidmatan perbankan – melantik 5,000 agen BSN
•Perkhidmatan Bas Luar Bandar – kemudahan pembiayaan
•Kebajikan Orang Asli – program pembangunan & pemindahan penduduk



SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) & PERKHIDMATAN AWAM
•Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy
•Menambah baik struktur gaji penjawat awam
◦kenaikan antara 7 hingga 13 peratus
◦kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
•Menambahbaik skim perkhidmatan mengikut sistem time-base
◦Guru gred 48 – SSM (tahun ke-20 tahun); SBPA (tahun ke-16)
•Melanjutkan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun
•Bantuan yuran pengajian – ijazah sarjana muda (20,000 tempat), ijazah sarjana (5,000 tempat) & PHD (500 tempat)
•Program Army Care – menaiktaraf & menyelenggara kuarters tentera
•Tambahan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500


PESARA KERAJAAN & BEKAS PEGAWAI KONTRAK
•Pesara Kerajaan
◦menikmati pelarasan pencen
◦Melaksanakan kenaikan tahunan sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji
•Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada kakitangan yang telah menamatkan kontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
•Bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
•Program latihan khusus untuk pesara tentera bagi menceburi bidang perniagaan


MEREDAKAN INFLASI & MENGIMARAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT
•Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah
•Penerusan pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion
•Penerusan subsidi bil elektrik RM20
•Perluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah.
•Membuka 30 unit Agrobazaar Kedai Rakyat di seluruh negara
•Mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia
•Memperbanyakkan program ladang kontrak. Seramai 4,500 usahawan tani dijangka mendapat manfaat.
•Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)


PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT
•Skim Rumah Pertamaku – meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.
•Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) – diperluaskan ke kawasan luar Lembah Klang, 1,880 unit
•Pembelian rumah secara kaedah bina kemudian jual (built and sell) melalui pembiayan patuh syariah – pembiayaan RM600 ribu ke bawah
•Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara, 15,000 unit
•Program Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, 10,000 unit dengan Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM20 ribu bagi setiap rumah.
•Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina rumah yang lebih selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi nelayan


PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
•Membina hospital-hospital, 81 Klinik Kesihatan & 50 Klinik 1Malaysia
•Menambahbaik blok bersalin Hospital Putrajaya dan menaiktaraf Hospital Kuala Lumpur (HKL)
•Memperkenalkan Jadual kerja fleksi Pegawai Perubatan Siswazah- Menaikkan elaun on-call semalaman, RM30 hingga RM80


SKIM AMANAH RAKYAT 1MALAYSIA
•Memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)yang memanfaatkan 100 ribu isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Pelaburan ini menjanjikan pulangan bersih yang menarik.



MEMACU PEMBANGUNAN MASYARAKAT BUMIPUTERA
•Dana Mudahcara Bumiputera, RM300 juta
•Membimbing 1,100 syarikat Bumiputera berpotensi
•Program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


MERINGANKAN BEBAN PEMILIK TEKSI BAJET DAN KERETA SEWA PERSENDIRIAN
•Pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan
•Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jalan ke atas teksi yang berusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik.
•Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet persendirian
•Pemberian subsidi kadar faedah sebanyak 2% untuk memiliki teksi baru buatan tempatan
•Pemberian bantuan untuk menggantikan teksi usang (RM3,000 bawah 7-10 tahun / RM1,000 lebih 10 tahun)
•Keseluruhan manfaat pemilik teksi bajet = RM7,560


YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN
•Menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk membayar fi guaman tinggi


ANJUNG SINGGAH

•Menyediakan pusat khidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk perlindungan sementara golongan gelandangan.


MENGHARGAI PERANAN DAN MEMARTABAT WANITA
•Menyediakan program latihan yang bersesuaian bagi menarik golongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan
•Menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human Papilloma Virus – RM50 juta)
•Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion kepada usahawan dalam bentuk pembiayaan pinjaman mikro kaum
•Membina Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur


BELIA PENGGERAK MASA DEPAN
•Penubuhan syarikat modal teroka milik Kerajaan MyCreative Venture Capital yang bertanggungjawab menggalakkan penglibatan golongan muda menerokai bidang industri kreatif.
•Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia).
•150 gelanggang futsal tambahan di seluruh negara untuk mencapai matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim.
•30 padang tiruan atau artificial turf yang dilengkapi lampu limpah


MENGHARGAI JASA WARGA EMAS
•Percuma – caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik Kerajaan.
•Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.


PENDAFTARAN AWAL HAJI
Membenarkan pendaftaran awal menunaikan haji melalui kaedah penghadangan Akaun 2 pencarum

Monday, October 17, 2011

Petanda Penyakit Rohani dan Rawatannya

Petanda penyakit rohani termasuklah:
1. Malas beribadah,
2. Malas bekerja
3. Tumpul daya fikiran
4. Kurang peka ttg kesusahan org lain
5. Gelisah n risau
6. Liar terhadap kebenaran
7. Sering bersangka buruk
8. Suka mengadu domba
9. Suka isteri atau tunang org
10. Malas atau lupa berdoa
11. Tak rasa bersalah bila buat dosa
12. Sukar utk buat kebaikan.
Semua masalah d dunia bermula dari penyakit rohani. Mari kita hisab diri kita n rawat rohani kita agar selamat d dunia n akhirat.



Di antara cara nak rawat SAKIT ROHANI ialah:
1.Jaga solat 5 waktu
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari
3.Qada' solat yg tertinggal
4.Baca Quran
5.Maafkan org n mohon maaf
6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid
7. Berkwn dgn org2 positif
8. Sedekah kpd yg memerlukan
9.Beri binatang makan
10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan

11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu'
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru org ke arah kebaikan
17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat

sumber FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Tuesday, September 13, 2011

Perancangan perlu dibuat wujud usahawan Muslim

Oleh Shuhairimi Abdullah
2011/03/08


MANUSIA diciptakan Allah bersifat kreatif dan dinamis untuk memajukan diri, keluarga dan membangunkan institusi masyarakat. Islam memberi dorongan kepada manusia untuk menggembleng daya dan usaha memakmurkan hasil alam yang menjadi sebahagian nikmat pemberian Allah.

Daya usaha ke arah penjanaan hasil alam ataupun harta ini diistilahkan sebagai penerokaan pencarian rezeki. Fazlur Rahman dalam karyanya ‘Islam and Problem of Economic Justice’ mengatakan dalam istilah keagamaan ia dikenali sebagai ‘Ibtaghu min Fadl li Allah’.

Penegasan ini disyaratkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Apabila menunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu berjaya.” (Surah al-Jumu`ah, ayat 10)

Merujuk kepada maksud firman Allah itu, Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya mengemukakan pandangan bahawa selepas manusia selesai menunaikan solat, maka mereka diminta untuk meneruskan aktiviti pekerjaan mencari rezeki di bumi Allah ini.

Meskipun manusia dituntut beriltizam melaksanakan tanggungjawab itu, namun di akhir ayat ia menuntut manusia mengikat diri kepada Pencipta-Nya. Secara prinsipnya, Islam menyeru penganutnya memaksimumkan usaha dalam soal pencarian kurnia Allah (rezeki).

Walau bagaimanapun, usaha ke arah pencapaian itu perlu ada batasannya supaya manusia tidak bersikap alpa dan lalai daripada mengingati Allah kerana kepatuhan manusia kepada titah perintah Allah akan menatijahkan kejayaan yang hakiki.

Interpretasi dikemukakan oleh pemikir Ibn Kathir menampilkan pandangan bahawa objektif kejayaan yang perlu dikejar setiap individu manusia ialah mendapat rahmat daripada Allah bukan saja di dunia tetapi juga berkesinambungan di alam akhirat nanti.

Tegasnya, pensyariatan pencarian rezeki berorientasikan keuntungan bukanlah satu tindakan menyalahi syarak. Berdasarkan kajian yang dilakukan Charles C Torey dalam ‘The Commercial-Theological Term in the Koran’ membuktikan terminologi perdagangan ataupun perniagaan bermotifkan keusahawanan yang sudah diulang sebanyak 370 kali dalam al-Quran.

Gambaran sedemikian membuktikan ia memperlihatkan manifestasi nilai yang bersifat komersial disokong sepenuhnya oleh al-Quran.

Jika disingkap sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW, Baginda juga antara individu usahawan yang berjaya sama ada dalam bidang perniagaan, pengurusan dan kemanusiaan. Dalam konteks perniagaan, Baginda berjaya menguruskan perniagaan dimiliki Saidatina Khadijah dengan cemerlang.

Begitu juga aspek kemanusiaan, Baginda melakukan transformasi manusiawi ke atas penduduk Arab dan berjaya mengislahkan masyarakat yang tenggelam dalam dunia jahiliah kepada akidah yang segar.

Baginda memberi tunjuk ajar kepada masyarakat Arab mengenai kebebasan berfikir dan pembentukan institusi masyarakat berteraskan kebebasan individu, keadilan dan kemuliaan keperibadian yang luhur.

Sirah yang berlaku ini jelas menunjukkan Rasulullah SAW bersikap positif terhadap aktiviti keusahawanan. Ironinya, aktiviti pengumpulan harta adalah sesuatu yang dituntut kepada setiap individu namun ia perlu dilakukan dalam satu kerangka yang sihat menurut syarak.

Jika diperhatikan dalam al-Quran, ada apreasiasi terhadap golongan manusia yang memakmurkan alam atau pun dikenali sebagai pengusaha adalah satu usaha yang murni. Tindakan itu mencerminkan ia sebagai asas landasan kepada prasyarat masyarakat berperadaban tinggi.

Justeru, sudah tiba masanya bagi umat Islam untuk bangkit dan memperkasakan bidang ekonomi melalui aktiviti keusahawanan kerana jika diperhatikan dalam penguasaan pemilikan ekonomi sama ada di peringkat tempatan atau global, ekonomi masyarakat Islam masih berada tahap sederhana.

Barangkali tidak ramai lagi usahawan Muslim yang bersedia untuk bersaing di pentas lebih terbuka apatah lagi untuk sama-sama berdiri dengan usahawan luar bertaraf konglomerat. Jika adapun, ia hanya mewakili individu kecil dan boleh dihitung.

Oleh itu, usahawan Muslim perlu mempunyai paradigma untuk bersama menjadi juara dalam lapangan perniagaan yang dimonopoli pihak lain.

sumber: Berita Harian

Konsep Usahawan Berjaya dalam Islam

Secara konseptualnya, usahawan berjaya boleh ditakrifkan sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan komited terhadap perintah agama atas kapasitinya sebagai seorang muslim, mukmin dan muhsin. Dalam Islam, ketentuan untuk mencapai kejayaan ini dikenali sebagai konsep al-Falah. Dengan kata lain, konsep ini dapat difahami sebagai pencapaian cemerlang yang mencakupi keseluruhan aspek kehidupan manusia dari aspek kerohanian, kebendaan, moral dan sebagainya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Kehidupan yang baik dan sejahtera serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia.”
(Al-Qasas: 77).


Melalui konsep ini, golongan usahawan akan lebih cenderung untuk berusaha secara konsisten melaksanakan tugasnya sebagai khalifah al-Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredhaan yang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan muslim akan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber-sumber yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T untuk umat manusia sejagat.

Usahawan muslim perlu memastikan mereka menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam. Harta yang diperolehi melalui aktiviti perekonomian bukan bersifat pemilikan yang mutlak, sebaliknya manusia hanyalah sebagai pemegang amanah yang menguruskan sumber tersebut. Usahawan berjaya juga perlu mengambilkira faktor pembangunan insan dalam lapangan kerja yang diusahakannya. Contohnya, melazimkan sembahyang berjamaah dalam kalangan pekerjanya, membudayakan penghayatan ilmu dalam kalangan stafnya, bersifat terbuka dan bertoleransi terhadap kritikan yang membina, menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat luar dan menekankan nilai-nilai murni dalam organisasinya. Usahawan yang mempraktikkan nilai-nilai tersebut akan mendapat ganjaran yang besar kelak. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Peniaga yang bersifat benar bersama dengan para anbiya’, siddiqin dan para syuhada’.” (al-Thirmizi)

Sumber: dalam blog online~sorry lupa blog apa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...