Salam ramadhan
Penyata kewangan (Financial Statement) merupakan satu elemen penting di dalam perniagaan. Tidak kira perniagaan kecil atau besar. Berdasarkan pengalaman saya bekerja dan menyertai pelbagai taklimat pinjaman yang di anjurkan oleh bank atau institusi kewangan di Malaysia, masih ramai usahawan-usahawan melayu kurang peka dengan aspek keperluan penyata kewangan.
Memang benar, perniagaan jenis "enterprise" tidak perlu untuk menyediakan penyata kewangan, tetapi penyata kewangan ini penting apabila usahawan itu ingin mengembangkan perniagaannya seperti meminta pinjaman. Penyata kewangan ini akan menjadi satu senjata untuk mengukuhkan permohonan pinjaman.Secara Umumnya penyata kewangan (Financial Statement) adalah rekod rasmi aktiviti kewangan perniagaan atau sebuah entiti. Ianya terdiri daripada penyata pendapatan (Income Statement), kunci kira-kira (Balance Sheet) dan penyata aliran tunai (statement of cashflow).
Kita akan mengupas lebih lanjut berkenaan setiap item di dalam penyata kewangan ini. Berdasarkan pengalaman saya, tidak banyak nota atau keterangan mengenai kewangan atau akaun di dalam bahasa melayu. Di sini saya membantu serba sedikit menyalurkan maklumat khususnya kepada usahawan-usahawan bumiputra.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai perakaunan bolehlah di emailkan kepada mohdisa.ads@gmail.com
InsyaAllah saya boleh membantu dan berkongsi ilmu yang telah saya pelajari setakat kemampuan saya. Jumpa lagi pada tajuk berikutnya.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment